Khamis, 4 Julai 2013

TEKNOLOGI GEL

TEKNOLOGI GEL

Pengenalan.
Teknologi Gel adalah berdasarkan prinsip centrifugation terkawal sel darah merah melalui dextran-akrilamida gel. Ujian gel (ID MTS) telah dikeluarkan di Eropah pada tahun 1988 dan boleh didapati di Amerika Syarikat pada tahun 1995 dengan menggunakan sistem Microtyping. Tindak balas berlaku di dalam mikrotube. Mikrotube terdiri daripada kebuk reaksi yang kecil dan mempunyai jalur 15mm panjang dan 4mm lebar. Penggunaan kaedah gel adalah untuk menambahbaikkan keputusan ujian. Teknologi gel ini boleh digunakan dalam banyak ujian di tabung darah. Teknologi gel ini adalah suatu prosedur yang stardard dan mudah untuk dilakukan. Hasil keputusan ujian menggunakan teknik ini adalah jelas dan stabil berbanding dengan kaedah tiub.
Mikrotiub yang digunakan dipenuhi dengan campuran penampan gel dan juga reagen.
Bergantung dengan ujian yang akan dijalankan, sama ada terdapat kehadiran gel neutral yang tidak mengandungi reagen pada gel atau penambahan gel yang khusus yang mengandungi reagen. Contohnya antigobulin, anti-A, anti-B, anti-D, dan lain-lain. Pada mikrotiub ini juga mengandungi gel dextran akrilamida yang terdiri daripada 75% sel padat dan juga 25% cecair gel yang mengandungi bahan preservative sodium azide, agen sedimentasi jenis Bovive serum albumin dan agen spesifik seperti anti-lgG, SDM antisera spesifik iaitu ABO dan anti D.
Jenis dan klasifikasi gel:
Gel neutral
Gel yang hanya memberikan reaksi dengan SDM yang beragglutinasi.
Ujian agglutinasi secara langsung seperti ujian kumpulan serum ABO, pengecaman antibodi dan sebagainya.
Gel spesifik
Terdiri daripada campuran gel dan antiserum yang spesifik seperti anti-A, anti-B dan anti-D. gel ini juga digunakan dalam penjenisan antigen.
 Gel antiglobulin
Campuran gel yang menggandungi anti human globulin (AHG) sebagai agen spesifik.
Kegunaan gel ini adalah untuk ujian yang menggunakan reagen AHG, contohnya seperti ujian saringan antibodi, ujian antiglobulin langsung dan tidak langsung.
Prinsip Ujian
Teknologi Gel menggunakan prinsip dimana kawalan pengemparan serum atau sel darah melalui dextran akrilamida. Pada bahagian atas gel terdapat penggantungan sel-sel darah merah pesakit iaitu untuk ujian antiglobulin langsung atau campuran sel-sel pesakit atau serum pesakit atau reagen ditambah.
Ujian diteruskan dengan pengemparan melalui gel. Pada peringkat ini adalah untuk membenarkan pengeraman dijalankan dahulu ke atas gel sekiranya perlu. Manakala bahagian kolum pula memberikan masa yang sesuai bagi pemisahan sel berlaku. Partikel gel yang bersifat poros, bertindak sebagai medium tidak balas dan penapis, iaitu apabila berlaku anggutinasi sel yang besar akan terperangkap di atas gel kerana tidak boleh melalui liang yang terdapat pada gel semasa pengemparan.
Sel-sel yang terperangkap dalam gel boleh digredkan dari 0 hingga 4+. Sementara sel yang tidak beragglutinasi akan termendak di dasar kolum. Kerana tidak berlaku agglutinasi antara antibody dan antigen pada gel.
Reaksi boleh digredkan dari 0 hingga 4+
A=       4+        : SDM beragglutinasi di bahagian atas gel.
B=       3+        : SDM beragglutinasi di bahagian separa atas gel.
C=       2+        : SDM beragglutinasi di bahagian dan tersebar di sepanjang kolum.
D=       1+        : SDM beragglutinasi di bahagian separa bawah kolum dengan kehadiran SDM yang tidak beragglutinasi termendak di dasar kolum.
E=       0          : tiada agglutinasi, SDM mendap pada dasar kolum.
Kaedah Ujian
Di dalam penggunaan kaedah teknologi gel, terdapat banyak jenis ujian yang boleh dilakukan di Tabung Darah. Antaranya ialah ujian keserasian darah.
Ujian keserasian darah menggunakan ID card (kad gel).
Objektif ujian adalah untuk menguji keserasian darah antara antibodi dalam serum pesakit dengan antigen pada darah penderma, dengan itu keserasian darah untuk pesakit boleh didapati dan darah boleh ditransfusikan.
Prosedur:
  1.  ID card dilabelkan LISS/COOMB dengan nama pesakit dan penderma.
  2.  Kepingan aluminium yang menutupi mikrotiub yang diperlukan dibuka.
  3.  50 mikroliter suspensi sel darah penderma dipipet ke dalam mikrotiub.
  4.  25 mikroliter serum pesakit di tambah ke dalam setiap mikrotiub.
  5.  50 mikroliter suspensi darah pesakit ditambah untuk kawalan dan 25 mikroliter serum pesakit ditambah
  6.  ID card dieram selama 15 minit pada 370C di dalam ID-incubator.
  7.  ID card dieram selama 10 minit dan pemerhatian direkodkan.
Interprestasi keputusan:
Hasil keputusan boleh didapati dalam bentuk positif dan negatif. Positif akan menunjukkan terbentuknya agglutinasi di atas permukaan gel atau di sepanjang kolum gel. Maka, keputusan adalah tidak serasi dan darah tidak boleh ditransfusikan kepada pesakit. Manakala, negatif akan menunjukkan sel darah merah akan termendap di dasar mikrotiub. Maka, keputusan adalah serasi dan darah boleh ditransfusikan kepada pesakit.
Aplikasi
  1. Ujian serum kumpulan darah ABO.
  2. Ujian antiglobulin langsung.
  3. Penentuan dan identifikasi antibodi.
  4. Ujian crossmatch.
  5. Ujian antigen.
  6. Ujian ‘Newborn dan antiglobulin langsung.
  7. Reverse Grouping.
Kesimpulan.
Kaedah teknologi gel adalah kaedah yang mudah dilakukan. Selain itu, hanya menggunakan prosedur yang pendek. Malah, interprestasi juga mudah dilakukan dan standard. Selain itu, kaedah teknologi gel juga masih stabil walaupun bagi jangkamasa yang lebih lama. Selain menggunakan saiz sampel yang kecil, teknologi gel juga merupakan kaedah yang spesifik dan sensitif. Kaedah teknologi gel juga berupaya mengesan sel yang bercampur dan dapat mengesan antibodi yang mempunyai affinity yang rendah. Walaubagaimanapun kaedah ini tetap mempunyai kelemahannya tersendiri. Jangkamasa bagi ujian kumpulan ABO dan Rhesus memerlukan jangkamasa yang lebih lama dari prosedur ujian lain. Selain itu, kaedah ini memerlukan pengempar yang khas untuk mengempar sampel.
Dalam pengenalpastian keputusan ujian, tindakbalas yang boleh dilihat dan boleh dilakukan kesimpulan adalah hasil keputusan boleh didapati dalam bentuk positif dan negatif. Positif akan menunjukkan terbentuknya agglutinasi di atas permukaan gel atau di sepanjang kolum gel. Maka, keputusan adalah tidak serasi dan darah tidak boleh ditransfusikan kepada pesakit. Manakala, negatif akan menunjukkan sel darah merah akan termendap di dasar mikrotiub. Maka, keputusan adalah serasi dan darah boleh ditransfusikan kepada pesakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan