Tentang MLT


Sains Teknologi Makmal Perubatan merangkumi tujuh teras disiplin utama iaitu Histopatologi, Sitologi, Mikrobiologi, Parasitologi, Hematologi, Immunohematologi dan Patologi Kimia. Kesemua teras tujuh disiplin utama ini mengandungi sub unit disiplin yang lain yang membolehkan Juruteknologi Makmal Perubatan berkhidmat di pelbagai makmal perubatan dan makmal sains penyelidikan seperti bidang histologi, sitologi, hematologi, bakteriologi, virologi, serologi, farmakologi, forensik, genetik, entomologi, akarologi, pemakanan, parasitologi, perubatan herba, toksikologi, immunologi, bioassai, mikologi, klinikal, biokomia, bioteknologi, tranfusi darah dan sebagainya.
.
Kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh Juruteknologi Makmal Perubatan menjadi nadi dalam menggerakkan aktiviti pendiagnosan, penyelidikan dan pembangunan dalam dunia perubatan dan sains,
.
Dengan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki, khidmat akan terus dilaksanakan dalam memberi sumbangan yang cekap dan efektif dalam membangunkan dunia sains dan perubatan negara yang tercinta ini seiring dengan perkembangan kesihatan global
.

KESELAMATAN MAKMAL
.
Apabila kita berada di dalam makmal, faktor-faktor keselamatan perlulah dititik beratkan dalam mencegah berlakunya kejadian yang tidak di ingini. Selain daripada itu juga amalan menjaga keselamatan di makmal dapat menjamin kualiti kerja yang dilakukan disamping mewujudkan suasana persekitaran tempat kerja yang sihat.

.
.
BAGAIMANAKAH BOLEH TERJADINYA
KEMALANGAN DI MAKMAL
.
Terdapat dua faktor yang di lihat mampu menyebabkan kemalangan boleh terjadi di dalam makmal. Iaitu faktor diri dan faktor persekitaran. Faktor diri merujuk kepada etika ahli makmal tidak menitikberatkan penjagaan kesalamatan diri sehingga menyebabkan kecelakaan berlaku ke atas diri sendiri seperti etika pemakaian yang tidak sesuai apabila melakukan kerja-kerja makmal. Selain daripada itu juga faktor fizikal dan mental ahli makmal merupakan salah satu penyumbang berlakunya kemalangan di makmal.Dari segi faktor persekitaran pula ianya merujuk seperti keadaan dan suasana di dalam makmal. Contohnya peralatan di makmal sudah uzur ataupun telah rosak tetapi tetap terus mengoperasikan peralatan tersebut sehingga berlakunya kejadian tidak diingini. Keadaan makmal tidak terurus seperti susunan peralatan makmal dan perabot makmal dalam keadaan tidak sesuai sehingga mengundang bahaya kepada semua ahli makmal.
.
APAKAH ETIKA KESELAMATAN MAKMAL
YANG PERLU DITERAPKAN

Ahli makmal sentiasa peka menjaga keselamatan diri dan juga ahli makmal yang lain. Sentiasa berwaspada dan tidak bermain di makmal. Sentiasa menitikberatkan aspek-aspek kebersihan di dalam makmal. Mengetahui penjagaan dan pengendalian bahan kimia di dalam makmal. Tahu bertindak dengan betul sekiranya berlaku kemalangan pada diri sendiri dan ahli makmal yang lain. Menggunakan alatan dan kelengkapan perlindungan tambahan di makmal seperti memakai kot makmal. Tahu cara menggunakan alatan kecemasan seperti pemadam api.
.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan