Tentang Makmal


MAKMAL IMMUNOHEMATOLOGI

(TRANSFUSI DARAH)
.
Tranfusi Darah merupakan salah satu disiplin utama Sains Teknologi Makmal Perubatan yang diaplikasikan di dalam makmal perubatan dan makmal sains penyelidikan yang berkaitan tentang kajian sifat dan komponen darah.
.Makmal perubatan Tranfusi Darah pada amnya menyediakan perkhidmatan pungutan darah dari penderma darah.Menyediakan komponen-komponen darah dari darah yang dipungut. Membekalkan darah dan komponen darah kepada pesakit.Menjalankan ujian makmal seperti ujian Antibody Screening, ujian Antibody Identification, ujian Anti-D Titre, ujian Coombs Test-Direct/Indirect, ujian Hemolysin -O-Titre, ujian Reaksi Pemindahan Darah, ujian ABO Grouping, ujian Rh Typing dan sebagainya.

.
.
MAKMAL HEMATOLOGI,
Hematologi merupakan salah satu disiplin utama Sains Teknologi Makmal Perubatan yang diaplikasikan di dalam makmal perubatan dan makmal sains penyelidikan yang berkaitan tentang kajian pelbagai jenis serta ciri-ciri sel darah dan penyakit yang berkaitan dengan darah. Contoh pendiagnosan tentang penyakit darah seperti anemia, leukemia, faktor pembekuan darah, sindrom hemoglobinopati, multiple myeloma, hemofilia, G6PD enzim disease,thallasaemia dan sebagainya. Pada amnya terdapat pelbagai morfologi sel darah marah dan sel darah putih. Keabnormalan pendiagnosan sifat kimia dan morfologi sel-sel darah sekiranya berjaya di kesan, ini menunjukkan adanya penyakit berkaitan tentang darah.
.
.
.
MAKMAL SITOPATOLOGI
.
Sitopatologi merupakan salah satu disiplin utama Sains Teknologi Makmal Perubatan yang diaplikasikan di dalam makmal perubatan dan makmal sains penyelidikan yang berkaitan tentang kajian pelbagai jenis sel sama ada yang normal mahupun yang abnormal. Pemeriksaan sitologi di makmal perubatan selalunya berkaitan tentang pap smear, cecair payudara, cecair selaput pleura, sputum dan juga urin. Pemeriksaan dilakukan terhadap sel-sel di bawah mikroskop untuk mengesan adanya sel-sel yang abnormal. Sekiranya sel-sel abnormal kelihatan maka ianya berkemungkinan besar ianya adalah jenis sel kanser.
.Makmal perubatan Sitologi pada amnya menjalankan pelbagai jenis ujian dan pemeriksaan seperti ujian sitologi bukan ginekologi, ujian sitologi ginekologi, Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC), Immunochemistry dan special stain.
.

.
.
.
MAKMAL MIKROBIOLOGI.
Mikrobiologi merupakan salah satu disiplin utama Sains Teknologi Makmal Perubatan yang diaplikasikan di dalam makmal perubatan dan makmal sains penyelidikan yang berkaitan tentang kajian mikroorganisma yang seni seperti bakteria, virus dan fungi. Jenis spesimen dalam pemeriksaan identifikasi bakteria selalunya dari kahak, swab bahagian organ yang dijangkiti, urin,darah, nanah dan sebagainya.
.Makmal perubatan Mikrobiologi pada amnya menjalankan pelbagai jenis ujian seperti identifikasi bakteria, virus dan fungi seperti pemeriksaan makroskopik, pemeriksaan mikroskopik, isolosi pada agar, ujian biokima, ujian serologi, ujian sensitiviti dan ujian patogenesis.Ujian sensitiviti merupakan ujian terhadap tahap ketahanan jenis anbiotik kepada bakteria yang sangat diperlukan dalam memberi ubat antibiotik kepada pesakit. Manakala ujian patogenesis menguji jenis-jenis toksin yang terhasil dari bakteria, virus dan fungi
.

.
.
MAKMAL PARASITOLOGI.
Parasitologi merupakan salah satu disiplin utama Sains Teknologi Makmal Perubatan yang diaplikasikan di dalam makmal perubatan dan makmal sains penyelidikan yang berkaitan tentang kajian sejumlah dan jenis-jenis organisma parasit yang menginfeksi manusia lalu menyebabkan punca penyakit terjadi. Parasitologi perubatan lebih mengutamakan pembelajaran parasit jenis patogen terhadap tahap kesihatan manusia, tentang morfologi parasit, kitaran hidup parasit, cara parasit memberi kesan negatif pada perumahnya, cara rawatan , kawalan serta pencegahan.Haiwan parasit meliputi jenis protozoa seperti Trichomonas, Balantidium dan Giardia.
.
Jenis helminthes seperti cacing filaria, cacing ascaris dan cacing enterobius. Jenis arthropodha seperti labah-labah, kutu dan sengkenit dan jenis insektisa seperti nyamuk dan lalat. Bidang parasitologi perubatan dapat menyedarkan masyarakat dari ancaman bahaya akibat yang dapat ditimbulkan oleh gangguan parasit terhadap kesihatan manusia. Maka perlu dilakukan usaha pencegahan dan pengendalian penyakit bawaan haiwan parasit. Sehubungan dengan ini maka bidang parasitologi perubatan merupakan satu ilmu pengetahuan yang penting tentang kehidupan organisma parasit.
.
.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan